Hubungi Kami : 07-2550233 / 019-7015190 Email : sweetbajukurung@yahoo.com

Thursday 21 February 2013

Mukaddimah

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Setelah berhempas pulas menyiapkan blogshop baru ini, akhirnya hari ini dapat jugak disiapkan.Blogshop ini merupakan kesinambungan kepada fanpage kami di facebook iaitu Sweet Baju Kurung (SBK) dan dibuat sebagai alternatif selain memberi pilihan serta memudahkan para pelanggan yang berminat untuk mendapatkan koleksi baju kurung di SBK.

Sekadar sedikit pengenalan buat semua. SBK telah memulakan perniagaan secara dalam talian sekitar tahun 2010 dan dijalankan sepenuhnya dari rumah. Lokasi kami adalah di Pasir Gudang, Johor. Di sini kami menawarkan pelbagai pilihan baju kurung siap sama ada baju kurung Pahang, biasa & juga kurung moden.

Mudah-mudahan dengan adanya blogshop ini, pihak kami akan berusaha untuk memberikan yang TERBAIK buat semua. Insya Allah selepas ini akan ada lebih banyak pilihan baju kurung dengan design yang cantik, menarik dan pastinya lebih sweet. Pastinya yang paling best shopping di SBK ialah harga yang ditawarkan adalah antara yang terendah di pasaran online & penghantaran adalah PERCUMA*. Best kan? Dan usah risau tentang kualiti produk kami kerana hanya yang terbaik diberikan buat anda.

Akhir kata, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim..kami membuka blogshop ini. Buat para pelanggan, usah ragu-ragu untuk membeli di SBK. Pastikan anda membaca Terma & Syarat sebelum anda membuat tempahan. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan & semoga SBK terus sukses di masa akan datang, insya Allah..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork