Hubungi Kami : 07-2550233 / 019-7015190 Email : sweetbajukurung@yahoo.com

Terma & Syarat

Pelanggan yang dihargai,

Sila baca terma & syarat seperti di bawah terlebih dahulu sebelum anda membuat pesanan. Terima kasih.

TEMPAHAN & HARGA
1. Serious buyers sahaja. Back out buyers tidak dialu-alukan. 

2. Pesanan berdasarkan first pay first serve  dan akan segera diproses setelah bayaran penuh diterima.

3. Semua item yang dijual adalah baru melainkan jika dinyatakan. Warna sebenar item mungkin sedikit berbeza berbanding di dalam gambar disebabkan oleh faktor pencahayaan dan resolusi warna. 

4. Sila nyatakan kod item setiap kali membuat pesanan atau pertanyaan.

5. Pesanan dan pertanyaan boleh dibuat menggunakan mana-mana medium berikut (sms, facebook, email atau borang pesanan)

6. Semua harga item yang dipaparkan adalah termasuk kos penghantaran* melainkan jika dinyatakan sebaliknya.

7. Pembayaran penuh mesti dibuat dalam tempoh 1 hari. Penghantaran akan hanya dilakukan setelah bayaran penuh diterima. Jika tiada bayaran penuh diterima dalam tempoh tersebut, tempahan dikira batal secara automatik dan item tersebut akan dibuka untuk jualan.

8. Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin kami menyimpan item yang dikehendaki sehingga satu tempoh tertentu, anda boleh berbuat demikian dengan membayar deposit sebanyak 20% daripada jumlah pembelian. Bayaran deposit tidak akan dikembalikan sekiranya anda membatalkan tempahan.

9. Harga yang dipaparkan adalah tetap dan tawar-menawar dilarang memandangkan harga yang diberikan adalah yang paling rendah dapat kami berikan.

10. Kami juga turut menawarkan jualan borong kepada sesiapa yang berminat. Sila email ke sweetbajukurung@yahoo.com untuk pertanyaan dan maklumat lanjut. Harap maklum, buat masa ini tiada dropship ditawarkan oleh pihak kami.

PEMBAYARAN

1. Pembayaran adalah melalui akaun Maybank, CIMB, RHB dan Bank Islam sama ada melalui online banking ataupun offline (mesin cash deposit / mesin ATM). Butiran akaun akan diberi kemudian.

2. Setelah pembayaran penuh dibuat, pastikan anda sms / pm di fb / email bukti transaksi dan menyertakan sekali butir-butir berikut (tarikh,masa,bank,jumlah,nama,alamat,no.tel) bagi melancarkan urusan penghantaran.

3. Pastikan anda membuat pembayaran dalam jumlah yang tepat. Sekiranya tidak, sila sertakan maklumat akaun anda untuk tujuan pemulangan baki bayaran. Jika tidak, kami akan memasukkan baki tersebut ke dalam parcel berserta item anda.

PENUKARAN ITEM (RETURN POLICY)

1. Pembelian yang telah dilakukan dianggap muktamad dan tiada sebarang pemulangan / penukaran dapat dibuat melainkan terdapat kesilapan atau kecuaian daripada pihak kami. Sila rujuk SINI untuk maklumat lebih lanjut.


PENGHANTARAN

1. Penghantaran hanya menggunakan Poslaju sahaja. Pos ekspres tidak digunakan supaya penghantaran dapat dilakukan dengan lebih cepat dan selamat. Cash On Delivery (COD) juga dibuat tetapi hanya melibatkan kawasan yang berhampiran sahaja.

2.  Penghantaran dilakukan pada setiap hari berkerja (Isnin - Jumaat) sahaja. Pembayaran penuh yang dibuat sebelum pukul 3 petang akan diposkan pada hari yang sama.

3. Sebaik penghantaran dibuat, kami akan kemaskini tracking no. parcel pada setiap masa dan anda boleh semak di SINI. Kebiasaannya, penghantaran akan mengambil masa antara 1-3 hari berkerja bergantung kepada tempat dan kawasan sebelum sampai ke tangan anda.

4. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan barang dalam tempoh penghantaran.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork