Hubungi Kami : 07-2550233 / 019-7015190 Email : sweetbajukurung@yahoo.com

Return Policy

Kami senantiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik di dalam memastikan produk yang dihantar serta perkhidmatan yang diberikan memberi kepuasan kepada para pelanggan kami.
Di atas keprihatinan & juga memahami situasi para pelanggan yang mungkin pertama kali membeli dengan kami, pertukaran disebabkan oleh masalah saiz adalah dibenarkan. Walaubagaimanapun, kos pos pengembalian item adalah ditanggung sepenuhnya oleh pembeli. Untuk memudahkan kedua belah pihak, sila pastikan anda merujuk kepada CARTA UKURAN yang telah diberi ataupun bertanya dahulu kepada pihak kami terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. 

Kami juga menerima pemulangan atau penukaran untuk item lain jika terdapat kerosakan (cth kesan koyak, jahitan tertetas, tertarik benang yang banyak dll) yang terbukti berpunca daripada pihak kami.

Sila pastikan anda MMS @ Whatsapp di 019-7015190 @ email ke sweetbajukurung@yahoo.com gambar kesan reject tersebut sebagai bukti sebelum item dikembalikan kepada kami.
Item yang ingin ditukar disebabkan masalah saiz atau rosak tersebut mesti dikembalikan kepada pihak kami dalam tempoh 7 hari selepas tarikh terima. Kami menganggap anda tidak berminat untuk membuat penukaran sekiranya anda gagal memulangkan item tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Kos penghantaran disebabkan oleh item yang rosak adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak kami.
Adalah dimaklumkan tiada 100% pemulangan wang (money refund) akan dibuat sekiranya item yang ingin ditukar tiada stok. Anda diminta agar membuat penukaran dengan item lain yang sama nilai. Sekiranya tiada, anda boleh menambah wang sekiranya item yang ingin ditukar nilainya lebih tinggi atau kami akan refund baki sekiranya item tersebut nilainya lebih rendah. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by Alieff Artwork